MBMMBI atau Memartabatkan Bahasa Malaysia dan Memperkukuhkan Bahasa Inggeris adalah fokus utama bagi pendidikan bermula tahun 2012 ini. Pada tahun 2012 ini, perkara utama yang menjadi teras kejayaan MBMMBI ialah Peranan Guru dalam Melaksanakan Dasar MBMMBI.
Memartabatkan Bahasa Malaysia bermaksud meletakkan Bahasa Malaysia pada tempat yang sepatutnya, sesuai dengan kedudukannya sebagai bahasa kebangsaan seperti yang termaktub dalam Perkara 152, Perlembagaan Malaysia. Bahasa Malaysia juga merupakan bahasa pengantar utama pendidikan berdasarkan Akta Pendidikan 1996.
Memperkukuh Bahasa Inggeris membawa maksud memantapkan penguasaan Bahasa Inggeris sebagai bahasa yang wajib dipelajari, bahasa komunikasi dan bahasa ilmu di peringkat nasional dan antarabangsa.
Memartabatkan Bahasa Malaysia dan
Memperkukuhkan Penguasaan Bahasa Inggeris (MBMMBI)
KENYATAAN AKHBAR Y.BHG.
TAN SRI DATO’ ALIMUDDIN HJ. MOHD DOM, KETUA PENGARAH PELAJARAN MALAYSIA
PELAKSANAAN PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN (P&P) SAINS DAN MATEMATIK
PELAKSANAAN PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN (P&P) SAINS DAN MATEMATIK
BAGI SEKOLAH RENDAH DAN
SEKOLAH MENENGAH
Kenyataan akhbar ini
bertujuan menerangkan dengan lebih jelas kepada masyarakat mengenai pemansuhan
PPSMI dan pelaksanaan Memartabatkan Bahasa Malaysia dan Memperkukuhkan
penguasaan Bahasa Inggeris (MBMMBI).
Berdasarkan
keputusan Mesyuarat Kabinet pada 8 Julai 2009 telah diputuskan bahawa dasar
PPSMI akan dimansuhkan secara berperingkat-peringkat mulai 2012 bagi Tahun 1,
Tahun 4, Tingkatan 1 dan Tingkatan 4.
Mesyuarat
Jemaah Menteri pada 5 Ogos 2009 telah bersetuju melaksanakan mekanisme “soft
landing” untuk P&P Sains dan Matematik bagi membantu pelajar-pelajar
mengatasi masalah peralihan dasar berkenaan. Mekanisme “soft landing” adalah
seperti berikut:
(i)
P&P Sains dan Matematik boleh dilaksanakan dalam dwibahasa mulai tahun 2010
di sekolah rendah dan sekolah menengah. Dwibahasa bermaksud penggunaan Bahasa
Malaysia dan Bahasa Inggeris dalam P&P Sains dan Matematik di sekolah
kebangsaaan dan sekolah menengah; dan penggunaan bahasa ibunda dan Bahasa
Inggeris bagi SJK(C) dan SJK(T).
(ii)
Pelaksanaan dasar ini bermula pada tahun 2012 bagi pelajar-pelajar Tahun 1,
Tahun 4, Tingkatan 1 dan Tingkatan 4.
Walau
bagaimanapun mekanisme “soft landing” akan memberi ruang kepada pelajar-pelajar
lain menyesuaikan diri dengan peralihan dasar di mana P&P boleh
dilaksanakan dalam dwibahasa. Kohort-kohort yang terlibat adalah seperti
berikut:
(a)
Kohort Tahun 1 (2009) – boleh menggunakan dwibahasa sehingga 2014.
(b)
Kohort Tahun 1 (2010) – boleh menggunakan dwibahasa sehingga 2015.
(c)
Kohort Tahun 1 (2011) – boleh menggunakan dwibahasa sehingga 2016.
(d)
Kohort Tahun 1 (2009) – boleh menggunakan dwibahasa sehingga 2013.
(e)
Kohort Tahun 1 (2010) – boleh menggunakan dwibahasa sehingga 2014.
(f)
Kohort Tahun 1 (2011) – boleh menggunakan dwibahasa sehingga 2015.
PENTAKSIRAN
(a)
Peperiksaan UPSR bagi matepelajaran Sains dan Metematik akan terus dilaksanakan
dalam dwibahasa sehingga 2016.
(b)
Peperiksaan PMR bagi matapelajaran Sains dan Matematik akan terus dilaksanakan
dalam dwibahasa sehinggan tahun 2013.
(c) Peperiksaan SPM
bagi matapelajaran Sains dan Matematik akan terus dilaksanakan dalam dwibahasa
sehingga 2015.
Ini
bermakna penggunaan Bahasa Malaysia di sekolah kebangsaan dan bahasa ibunda
bagi SJK(C) dan SJK(T) bagi pengajaran dan pembelajaran Sains dan Matematik
akan dilaksanakan sepenuhnya dalam pengajaran dan pembelajaran Sains dan
Matematik di sekolah menengah akan terlaksana pada tahun 2016. Walau
bagaimanapun pengajaran Sains dan Matematik bagi Tingkatan 6 dan Matrikulasi
akan kekal dalam Bahasa Inggeris.
Jadual
Pelaksanaan MBMMBI dan mekanisme “soft landing” adalah seperti yang
dilampirkan.
“Memartabatkan
Bahasa Malaysia dan Memperkukuhkan Bahasa Inggeris” yang akan dilaksanakan oleh
Kerajaan bermula pada tahun 2012 adalah satu dasar baru yang merupakan
sebahagian daripada proses penambahbaikan berterusan dasar pendidikan di negara
kita.
Kementerian Pelajaran
sedang melakukan persiapan untuk melaksanakan dasar ini dengan sebaik mungkin
tanpa menjejaskan pencapaian pelajar-pelajar yang akan terlibat dalam proses
transisi pada tahun 2012 nanti.
Satu
pendekatan soft-landing akan diambil untuk memastikan pencapaian
pelajar-pelajar yang sedang mengikuti pengajaran dan pembelajaran Sains dan
Matematik di bawah dasar PPSMI tidak akan terjejas.
Pihak
Kementerian juga telah membentuk enam Jawatankuasa Kecil sebagai persiapan
untuk melaksanakan dasar baru ini. Jawatankuasa ini bertanggungjawab untuk
memperincikan aspek latihan guru, kurikulum, penyediaan buku teks, lojistik,
personel dan penerangan. Melalui kefahaman, sokongan dan usaha berterusan
seluruh warga pendidik dalam menjayakan dasar baru ini, kita akan dapat
mencapai matlamat menambahbaik kualiti pendidikan di negara kita secara
berterusan demi kepentingan masa depan negara.
Rasional
•
Penggunaan bahasa Inggeris sebagai bahasa pengantar pengajaran Sains dan
Matematik di sekolah rendah dan menengah menghakis kepentingan bahasa Malaysia
sebagai bahasa ilmu dalam bidang tersebut.
•
Penggunaan bahasa Malaysia sebagai bahasa pengantar telah mantap bagi semua
mata pelajaran yang dimulakan sejak tahun 1970an.
•
Kebanyakkan negara di dunia berusaha keras untuk memartabatkan bahasa
kebangsaan mereka masing-masing sebagai bahasa ilmu.
Pelaksanaan
•
Bermula dengan Tahun Satu, Tahun Empat, Tingkatan Satu dan Tingkatan Empat.
Pada masa yang sama Bahasa Cina digunakan di SJKC dan Bahasa Tamil di SJKT
•
Perubahan tidak melibatkan Tingkatan Enam dan Matrikulasi
•
Perubahan sepenuhnya mengambil masa selama 3 tahun
•
Bermula pada tahun 2012
•
Peperiksaan SPM Sains dan Matematik dalam dwi bahasa sehingga 2015
Strategi Meningkatkan Penguasaan Bahasa Inggeris
•
Menyediakan guru BI yang mencukupi menerusi pengambilan guru bersara, guru dari
luar negara dan IPTS selain daripada pengambilan melalui IPGM dan IPTA
•
Menyediakan guru BI di luar norma iaitu 2 orang guru bagi setiap kelas
berenrolmen tinggi (contoh: melebihi 35 murid)
•
Menyediakan bahan bacaan Bahasa Inggeris
•
Memperkenalkan language arts dalam P&P Bahasa Inggeris
Strategi Memartabatkan Bahasa Malaysia
•
P&P Sains dan Matematik dalam Bahasa Malaysia di Tingkatan Satu hingga Lima
di SMK dan SK manakala, Bahasa Cina di SJKC dan Bahasa Tamil di SJKT
•
Menambah waktu P&P Bahasa Malaysia di SJKC dan SJKT
•
Menggunakan ICT dalam P&P Bahasa Malaysia
•
Menyediakan bahan bacaan Bahasa Malaysia
•
Memperkenalkan seni bahasa dalam P&P Bahasa Inggeris
Dasar MBMMBI Murid Tahun Satu Mulai 2011
Kerajaan sedang
meneliti kemungkinan untuk melaksanakan dasar baru iaitu memartabatkan bahasa
Malaysia dan memperkukuh bahasa Inggeris (MBMMBI) bagi murid tahap satu mulai
tahun 2011. Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata, murid
tahun satu yang baru memasuki persekolahan tidak terlibat dengan dasar lama.
Tambah beliau lagi,
perkara ini bergantung kepada beberapa faktor antaranya bilangan guru yang
mencukupi, kesediaan kurikulum baru serta buku teks untuk mata pelajaran sains
dan matematik sekiranya ia dapat disiapkan pada akhir tahun 2010, kepada
pemberita di lobi Parlimen semalam.
Menurut beliau,
pelaksanaan dasar MBMMBI bagi murid tahun empat, tingkatan satu dan tingkatan
empat pula akan bermula pada tahun 2012.
Langkah itu, katanya,
adalah untuk membolehkan Kementerian Pelajaran membuat persiapan rapi dengan
mengambil kira semua keperluan pengajaran dan pembelajaran disediakan secara
teratur.
Sementara itu,
Muhyiddin yang juga menteri pelajaran menegaskan, kerajaan komited tidak akan
kembali kepada dasar pengajaran dan Pembelajaran Sains Dan Matematik Dalam
Bahasa Inggeris (PPSMI) kerana dasar baru iaitu MBMMBI adalah selaras dengan
keperluan negara untuk memartabatkan bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan.
Sumber
: Kosmo online 21 oktober 2009
MBMMBI Mampu Bela Pelajar Tercicir
Keputusan
kerajaan untuk mengkaji mempercepatkan pelaksanaan dasar baru memartabatkan
Bahasa Melayu dan memperkukuhkan Bahasa Inggeris (MBMMBI) bagi murid Tahun Satu
mulai 2011, berbanding cadangan asal pada 2012 mampu membela nasib pelajar
sekolah rendah yang sebelum ini keciciran berikutan subjek Sains dan Matematik
diajar dalam bahasa Inggeris.
Penyandang
Kursi Tun Abdul Ghafar Baba, Universiti Pendidikan Sultan Idris (Upsi),
Profesor Datuk Dr Zainal Kling, berkata pelaksanaan dasar baru yang
menggantikan Pengajaran dan Pembelajaran Sains dan Matematik dalam Bahasa
Inggeris (PPSMI) itu tidak boleh dilengahkan lebih lama kerana sejak PPSMI
diperkenalkan enam tahun lalu, ia memberi kesan negatif kepada pelajar sekolah
rendah terutama di luar bandar.
Akhbar
melaporkan keputusan kerajaan mengkaji mempercepatkan pelaksanaan MBMMBI bagi
murid Tahun Satu mulai 2011, berbanding cadangan asal pada 2012.
Muhyiddin
yang juga Menteri Pelajaran bagaimanapun berkata, pelaksanaan lebih awal itu
bergantung kepada beberapa faktor termasuk bilangan guru yang mencukupi,
kesediaan kurikulum baru serta buku teks untuk Sains, Matematik dan Bahasa
Inggeris yang perlu disiapkan akhir tahun depan.
Zainal
berkata, pelaksanaan pengajaran Sains dan Matematik dalam bahasa Melayu tidak
memberi banyak masalah kerana ia pernah dilaksanakan sebelum PPSMI
diperkenalkan.
Sementara
itu, Ketua Dua Gabungan Persatuan Penulis Nasional Malaysia (Gapena), Prof
Datuk Dr Abdul Latiff Abu Bakar, berkata keputusan kerajaan itu selaras dengan
kehendak pertubuhan itu yang mahu pelaksanaan dasar itu dipercepatkan.
Mereka
juga ingin menggesa kerajaan supaya dasar itu dilanjutkan pula di peringkat
institusi pengajian tinggi selain tidak mengabaikan usaha untuk memperkasakan
bahasa Inggeris. Selain itu, ucapan pemimpin negara dan papan tanda juga perlu
menggunakan bahasa Melayu.
Pengerusi
Gerakan Mansuhkan PPPSMI (GMP), Datuk Dr Hassan Ahmad turut menyokong dasar
baru itu berharap bahasa Melayu akan dijadikan teras utama dalam pembinaan
gagasan 1Malaysia.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan