Sekapur Sirih MBMMBI


Kata Aluan Guru Besar



Terima kasih dan syabas kepada ahli Jawatankuasa ICT dan Panitia Bahasa Malaysia serta Bahasa Inggeris SJK( C ) New Kota yang begitu komited dalam usaha membina blog MBMMBI sekolah.  Dalam keghairahan kita berbicara mengenai teknologi maklumat dan komunikasi, sudah tentu kita tidak ingin ketinggalan dalam era globalisasi ini.

Justeru itu, usaha membangunkan blog ini diharap dapat menyalurkan informasi terkini berkaitan MBMMBI kepada para pengunjung dengan cepat.  Saya amat mengalu-alukan penyertaan semua pihak untuk berinteraksi, berkongsi idea dan bertukar-tukar pandangan serta cadangan untuk meningkatkan pengajaran dan pembelajaran MBMMBI.

Semoga dengan adanya ruang ini, diharap dapat mengeratkan hubungan antara guru dan sekolah.  Akhir kata, salam hormat dan selamat melayari blog MBMMBI SJK(C) New Kota.

" ILMU PENERANG HIDUP "
" KE ARAH PENDIDIKAN CEMERLANG "



Salam ikhlas daripada



Pn Choo Nyok Chin
Guru Besar
SJK( C ) New Kota,
Kota Kecil, Kota Tinggi
















Tiada ulasan:

Catat Ulasan